Thursday, July 28, 2005

wireless? internet? kolej 14?
apahal ni... janji nak sediakan perkhidmatan wireless kat kolej...

tu semua keluhan-keluhan yang gua dengar daripada student yang duk kat kolej gua.. banyak lagi, tapi tak eloklah kalo nak letak banyak2 kat sini. nanti kena ban, gua gak yang susah. jadi apa yang gua dapat tahu ialah student yang bertanggungjawab menjaga menda alah tu (pada semester lepas) tak dapat dihubungi buat masa sekarang. so, sekarang ni pihak pejabat tengah carik dia la. student tu dulu duk kat tingkat 5 blok x1. kalo nak tahu lebih detail bolehla baca notis dia kat papan notis aras 2 bok X1 tu haa... Baca jer kat situ..
k. bye.

Monday, July 25, 2005

e-learning?

hai...nampaknya sumer student tengah sibuk ngan e-learning sekarang ni. sana-sini cakap pasal e-learning. naik muak dah aku dengar.
padahal benda tu bukan apa pun. bagi aku cukup hanya sorang je yang download nota2 kat dalam tu dan print dan photostat seberapa banyak yang mahu. simple kan?
tapi itulah realitinya. benda baru. kemaruk lagi.
anyway, banyak gak problem gua dapat tahu. komen dari student, komen dari lecturer, driver bus pun ader gak. nama takder dalam listla. padahal dah register subject. selmarin lak, ada dengar lecturer komen2. salah satunya daripada lecturer gua sendiri. En. Azam. Kesian dia. Nota2 Kajian Kos yang dia letak kat situ didapati dah hilang. hilang entah kemana. mungkin adala kat sudut mana2 dalam internet tu. katanya ad sekumpulan manusia yang kenakan dia. entahla. ada gak ker budak2 yg dengki ngan dia. dia tu lecturer yang baik, tau tak. kesian. sabar je lah en. azam.
satu lagi hal, pasal lecturer gak. lecturer nilah sebenarnya yang handle e-learning ni. kesian dia. sistem belum stabil. banyak la bugs2. jadi dia pun banyakla dapat komen2 dan pertanyaan dari semua pengguna e-learning ni. bayangkan, nak jawab sumer soalan tu. mana mampu kan. letih la.. nak tahu tak? haa... lecturer tu dia mengajar Pengurusan Maklumat. Pn. Kherun Nita.
oklah, penat ni. (asyik penat je). mana taknya, malam tadi gua ada buat performance Rebana Ubi kat Kolej 5 (KTDI). Sempena Majlis Pengenalan Kelab2. Tangan pun dah sakit2 ni. lama tak main... oklah gua tangguh sini lah dulu. ada masa gua upload gambar2 kat sini. k.

Wednesday, July 20, 2005

psz; friendster; ym?

hik..hik...hik...
sedar tak sedar, rupa2nya kat psz takleh dah nak acces friendster, ym, ye?
bagusla tu... sekurang2nya takderla lama budak2 duk lepak situ. kalo tak, berjam2 la...
tapi dalam bagus tu ada gak tak bagusnya.... hehehe... dapatkan anda bayangkan?

Wifi; e-learning?

@3@!~!@#$%%%...
rasa macam nak pindah kolej je....
masakan tak. pihak kolej kata kolej kitorang akan dibekalkan kemudahan wireless. tapi samai skang pun belum ada lagi. banyak kerja nak buat. tambah pulak sistem e-learning mula diperkenalkan semester ni. lagi la kena guna internet. orang kata lagi banyak kita masuk, lagi cerah peluang lulus. tak tau la. tapi nampaknya logik gak. sekurang2 nya pensyarah tahu kita selalu masuk elearning. dan sudah pastilah tak lain tak bukan utk ambik nota dan bahan2 kat situ. dari situ pensyarah akan tahu berapa kali kita login. ye tak?
balik pada asal; sebenarnya bukan pasal tu jer. sebelum elearning diguna pakai kat UTM ni, gua rasa gua pakai internet hari2 gak. yela. nak moderate forum lagi, friendster lagi, myspace lagi, hosting la, itu la, inila... macam2 la...
so, harap2 pihak pejabat kolej dapat menyegerakan proses tu.... kalau takder orang nak handle, bagi gua handle je la. bayar murah2 pun takper.... orait... gua ada kelas ni... skang ni kat psz. sambil2 solat zohor kat MSI tadi, singgah kejap..
orait. bye..

Saturday, July 16, 2005

Futsal yang enjoy

letih... penat tetapi puas hati.
hari ni ada perlawanan futsal kat kolej.
gua masuk jer. bukan nak menang pun, saja nak suka2.
mula2 tu kalah 3-2, pastu seri 1-1 dan last tadi lawan member2 kitorang bagi team diorang menang. sebab team diorang peluang utk menang agak cerah sikit. diorang tak kalah lagi match. kitorang harap team tu dapat bertahan sampai akhir. ingat nak bagi diorang gol sebanyakyang diorang mahu. tapi utk elak kontroversi, jadi pura-pura lawanla.
esok pagi-pagi lagi kena turun gelanggang. jadik penyokong la pulak.
takpe. janji enjoy. yes.yes.

Thursday, July 14, 2005

image in blogger?

wah... apasal tak perasan...
blogger dah boleh upload image...
takyah lagi buat manual....
bagus....

Wednesday, July 13, 2005

Selamat Hari Pertama

Selamat hari pertama sempena semester baru...

Thursday, July 07, 2005

Cerana..., here we go...

alhamdulillah...
akhirnya selesai jugak... nampaknya semua hadir[ padahal 10 orang je].
hehehe... walaupun tak ramai tapi meriah giler... tambah pulak masa tu restoran takder pelanggan. boleh la kitorang sembang puas-puas. lama tak nampak kelibat budak-budak pompuan tu. budak2 laki takyah cakap la. setiap malam keluar minum...,
oleh kerana gua tak bawa kamera, so, takde la gambar. hehehe, tapi jangan bimbang, ada dikalangan kami bawak kamera. jadi kena tunggu diorang bagi dulu la... dia kata nak attach kat emel. tak taulah bila tu. harap cepat-cepatla sikit. tak sabar nak tengok...
episod kali ni gua dah berambut pendek. padahal dah lama potong, tapi sebab dah lama gak tak ambik gambar jadi macam penampilan baru la kiranya....
plan asalnya 2.30, tapi pukul 3.30 semua baru datang. sampai cerana dekat pukul 4. lewat sikit. tapi takpe. puas hati.. lama gak sembang tadi. sembang pasal kolej, pasal study, pasal aweks, pasal; macam-macamlah.. okla.
tapi satu gua tak puas hati. helmet kesayangan gua... huhuhu... si Aswad, bawak balik helmet gua. ceritanya begini, oleh kerana sayangkan helmet tu, tak berani la nak letak kat motor. jadi tumpang kereta si Aswad tu. balik nanti bolehla ambik balik. tapi si Aswad ni balik awal sikit. Dia lak tak teringat pasal helmet gua tu. gua pun aiseyman...tak perasan la. tengah best sembang. balik dengan tak ber'helmet' la petang tadi. nasib baik la petang. tak le takut sikit. pak polisi pun takder. jalan kampong katakan.
hmmm...oklah dulu. tunggu gua upload gambar tu kat sini lah...

Restoran Cerana, tunggu...

Petang ni semua x-classmate gua berkumpul.. sempena nak pegi ipt masing2.
kitorang berkumpul kat Restoran Cerana. kiranya makan tengahari kat sana la kot.
gua tak kisah sebab gua dah makan tadi. sambil2 teman mak ayah makan. oklah, skang dah pukul 2, kitorang dah janji nak berkumpul jam 2.30. oklah, berambus dulu....

Friday, July 01, 2005

Bola vs Geng

Sehari suntuk duk tengah padang... maklumlah.... perlawanan bola sepak ari ni. walaupun liga kampung jer, tapi ramai gak yang power main. itu yang gua heran tu. kampung gua dah lama takder game2 macam ni. bukan apa, sebab padang2 semua dah hilang. kerna disitu nilainya pembangunan. apapun, tahniah kepada kumpulan 1 kerana memenangi perlawanan dan kumpulan tujuh [ato] memenangi tempat pertama keluar padang. :p. kalah menang sudah adat. yang penting semangat kesukanan dan juga persahabatan. kita dapat kita aman harmoni kerana pemuda2 kita semua bersatu hati. jika tidak masakan perlawanan hari ni dpt sambutan yang amat menggalakkan. bayanglah, hampir seratus orang pemuda dalam satu kampung sahaja keluar bermain. seolah-olah hari ini adalah hari perhimpunan pemuda kampung Tebing Tinggi. Tahniah semua...tidak ketinggalan walau seorang pun duduk kat rumah. memang diakui bukan semua bermain kerana dua-tiga orang tu injured, kaki patah, tangan patah belum sembuh dek kerana lumba haramnya, [begitulah seadanya]. tapi masih ada yg babil [berani sahut cabaran]- ngah. malah dapat pula menjaringkan gol buat pasukan walaupun dia tahu kakinya dah ber'besi'. jatuh tersungkur adat bola sepak. cakap, siapa yg tak jatuh. takde.
pemenang dapat membawa balik dua biji hamper, gua dapat satu hamper sahaja [dikongsi-kongsi dapatla secebis sorang] dan sehelai seluar jersi pendek [hmm lawa gak, colour pun lawa]. tapi bukan itu yang kita mahu, itu barangkali sudah menjadi nombor dua. yang utamanya ialah jalinan persahabatan. sebelum ini kalau tak berapa mesra, hari ini jadi sekepala. yang kenal boleh jadi kamceng. gua sendiri pun hampir-hampir tak ingat wajah dua tiga orang. dek kerana lama duk kat ipt tapi hari ni dapat kongsi gelas minum air yang dimenangi..
hmmm... itu jelah kot... penat ni. gerenti, malam ni tidur nyenyak tak ingat dunia la. kalau ada sesapa call gua ajak keluar, pasti akan ditolak. sori beb, penat ni. sorila. ek.. [hahahaha] esok untunglah tokei kedai urut. hahahah..


Now Playing: The Strokes vs Christina Aguilera : The Strokes of Genius.