Wednesday, August 24, 2005

sekadar renungan

tadi gua check gmail. dan ader la seorang sahabat emailkan gua satu rencana yg gua rasa agak menyentuh benak otak gua. gua ingat korang pun kena baca la untuk tatapan rohani. so gua quote la kat sini.

"Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja. Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam... Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....
Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullah"

amacam? gua rasa korang pun sama cam gua la... belajarla mensyukuri nikmat dan segala ketentuannya... :wink:
now playing: dewa : pupus

Tuesday, August 23, 2005

Monday, August 22, 2005

1,2,3, a,b,c. satu kitaran...

hari ni, Isnin. Kelas Pengurusan Maklumat Pn. Khairun Nita takder. Confirm takder. [Minggu lepas pun confirm gak, tapi ader] tapi kali ni confirm betul la. Kelas dia ganti hari khamis. seksyen satu ngan 2 akan digabungkan. ntahla kenapa. 2-3 minggu ni dia asyik takder kat UTM. sakit ker?
anyway, walaupun hari ni takder kelas, gua tetap tido awal malam tadi. pukul 3. [awal ker?] ye la. balik tengok match antara chelsea ngan arsenal pun dah kul satu. sampai bilik lebih kurang kul 1.30. masuk bilik bukan terus tido pun. lepak-lepak dulu...borak-borak dulu....yela....ramai member gua tak suka chelsea dan gua pulak fan chelsea. tu yang masing-masing tak puas hati kat gua. masakn tak, dah chelsea menang lagi. menang lagi, menang lagi. baru jer minggu lepas, si Arsenal tu kalah ngan Chelsea. kononnya malam tadi nak balas dendam. tak tahu ker, chelsea skang dah power. kehkehkeh... nasib korang la yang sokong arsenal. walaupun begitu, tak bermaksud gua tak minat Arsenal. Minat gak terutama si Henry tu. power si badigol tu. 2-3 kali gak dia shoot terus ke gol. tapi tak masuk la... anyway, bola, memang tak habisnyer kalo nak tulis kat sini.
pagi tadi, awal-awal lagi bangun, kemas bilik, sapu-sapu sikit. lantai yang bertikar getah tu dah berhabuk sangat dah. dengan rambutnyer, dengan kertasnyer, dengan debunyer. maklumla...bilik tak ubah bagai markas. ader jer orang datang lepak. pasal apa ek? pasal bilik gua kat depan sekali ker? rasanyer tak gak. sebab semester lepas bilik gua kat hujung sekali. sama gak. asyik penuh jer... kalo pasal makanan, tak mungkin. bilik gua hanya ader air kosong, sama ngan oat satu tin. susu satu botol ngan milo satu tin. tapi diorang bukan datang kacau air pun. datang bawak makanan ader la. si Mamat tu, tak kacang, cekedis yang dibawaknyer. hmm...ntahla... mungkin komputer kot.... komputer? apa bilik orang lain takder komputer? atau mungkin sebab komputer gua leh main game2 power, l;eh tengok tv, leh tonton dvd, [apa lagi ek?]. ha'ah. ye la tu. bilik senior yang kat ujung tu, siap buat LAN lagi. apasal tak pegi sana jer....
anyway, walau apa sebab pun yang gua bagi, masih tak dapat jawab persoalan tu. sebab aper. persahabatan. ianya senang dicari. tapi kalo tak kena cara, sampai bila pun tak akan dapat. percaya tak. kalau kita bersikap sombong, dan bermegah nescaya kita yang akan rugi bukan orang lain. mungkin sebab itulah bilik gua selalu penuh. sebab kawan, member, adik, abang, teman, kamceng, sahabat, taulan,bla..bla..bla... itulah yang menghidupkan gua selama ini. bersahabtlah dengan sesiapa sahaja. tak kira dia baik ataupun jahat. dan jangan sesekali kita MAKAN KAWAN. ya. memaang tak dapat gua akui. gua penah kena. dalam ramai-ramai member yang selalu datang bilik la... biarjelah. benda dah berlalu.
so, semalam Chelsea menang 1-0 ke atas Arsenal. pagi tadi, lepas nagun, terus mandi dan turun baca paper jap. pastu terus datang pusat komputer dan compose email kepada boss tempat kerja. mr. kelvin wong. n then baru tulis blog. lepas ni nak pegi makan kat Taman Teratai. Kedai yang selalu gua pegi makan . Gua tak kenal pun nama tokey kedai tu. tapi gua panggil kedai tu kedai Makcik Hujung. sebab kedai dia kat hujung. kesian tengok dia. takder orang. kedai Abang Man, toksah cakap la. dia dah kaya dah gua rasa skang ni. aritu gua makan kat kedai tengah tu. tapi sejak tahu satu rahsia tu, gua terus pindah makan kat kedai makcik hujung. skang ni kalo tgh hari carik gua kat situ la. makcik tu pun dah kenal dah gua ngan member2 gua yang lain. bila nampak kitorang pegi jer... tergambar senyuman dibibir. gembira dengan kedatangan kitorang. [rezeki,rezeki]. kehkehkeh...

Monday, August 15, 2005

Beware, CONMAN!

hai, lama tak update blog. dah seminggu dah rasanya.
oh, ya. tadi aku ada masuk sifoo dan terbaca pasal menda ni. jadi aku quote kat sini.. mana tahu, kot-kot kena kat kita, ye tak.

Quote:

Ini ada lah satu kisah benar, yg baru berlaku sehari lepas, utk pedoman and pandangan warga sifoo yg lain...

Me and husband, we both do freelancing, buat web design & development.. then semalam ada laa satu mamat ni, call my hubby, dia kata dia jumpa kami nye portfolio online, pastu nak jumpa laaa, nak discuss, nak buat web site untuk subsidiary companies dia semua (bunyi nye macam company besar laa kan). Dia call tengah hari, cakap nak jumpa kat KL, sungai wang dalam pukul 5.30 - 6pm. Pastu dia suh bawak portfolio sekali pasal boss dia nak tengok. Kami ckp laa portfolio semua ada online, takde laa plak compile dalam CD lagi, kalau nak jumpa esok lusa, buleh aa gak compile kan dulu kan..Dia kata takleh tunggu lama pasal boss dia nak gi oversea la bla bla kan.. i ckp ngan my hubby, kalau cam tu, kalau nak jumpa, jumpa je laa kan mana tau ada rezeki ada laa tu job nye. Tapi kite takde aa prepare apa2, pasal selalunye org tengok portfolio online je kan.

Dalam phone tu masa mamat tu call, bile tanya nama conmpany and nama dia, dia jwb, tapi mcm line tak clear, sepuluh kali tanya mcm dengar tak dgr.. but then we decided that one of us should go and meet that guy laaa.

Alkisah nye di sungai wang (mcdonalds), my hubby tunggu dan tunggu, dan muncul laa that guy, Chinese guy. Pakai kemeja, bawak sling bag hitam satu, cakap english perfect.. takde broken langsung. Looking sooo convincing laa kan, dia siap buleh namakan a few clients yg kitorang penah buat kan website, pendek kata dia dah research aa pasal kami, dah tgk portfolio kami online semua...

Kemudian tetiba handphone my hubby ringing, nombor tak dikenali.. that guy pon ada mention katanye wife dia tadi ada call dia, tapi phone dia bateri kong.. maybe wife i kot.. angkat2 fon tu, ye memang 'wife' mamat tu.. abis tu takkan laa taknak kasik dia ckp ngan wife dia sendiri kan.. bagi laa fon kat dia, dia cakap2 sekejap, pastu dia bangun nak gi luar mcD, katanya line tak clear aa. Dia kluar, tinggalkan sling bag dia kat tmpt duduk dlm mcD dia tu laa. 2-3 minit lepas tu, tau2 dia menghilang, dengan fon2 nye sekali. Gone with the wind.. my hubby tunggu aa gak sampai dekat sejam, nampak gayanye memang mamat tu takkan datang balik.

Yang hilang hanyalaa fon nokia yg memang dah nazak dah baterinye, kejap ok, kejap tak. trade in pon ntah laku ke tak. Tak kisah laa pasal tu, yg menyakitkan hati, this was a planned thing. Bag hitam yg ditinggalkan tu, selepas dibuka, dalam nye ada apa tau : suratkhabar lama yg disumbat dlm bag tu supaya nampak mcm kembung dan berisi.. dan setin pepsi.

So now we know there is somebody out there yg buat keje bodo macam ni.. yg mengkonfiuskan.. apa MOTIF dia? Call2 nak jumpa org buat deal semua, siap research lagi, what we do, our clients sapa..just for one OLD NOKIA PHONE? Logik ke? That is one thing yg bile pikir balik.. mcm2 boleh jadi kan.. Bile di report kat pak guard kat Sg wang tu, dia kata dah 4 case dah macam tu jadi kat situ. Hmmm..

So for you guys out there.. BEWARE.. they are strangers who would do anything nowadays.. Check laa baik2 background org tu sebelum nak jumpa dia for business or whatever.. zaman sekarang ni macam2 boleh jadi laa..

Just thought i should share this with you guys...

Monday, August 08, 2005

Merdekakah Kita?

sedar tak sedar dah 47 tahun kita merdeka.tahun ni masuk 48 barangkali.kita biasalah,tidak patriotik,tidak merasai kehangatan kemerdekaan seperti tahun 1957-1958.kenapa, kerana melayu mudah lupa.
bukan salahkan melayu kat sini,tapi salahkan penyangak2 melayu kat atas2.sekarang ni era pak lah,sebelum ni era tun.semua hampeh.adakah kita yakin kita dapat memberi ajaran kepada anak cucu kita seperti kita terima masa kita kecil.mungkin inilah harga kemodenan hari ini,yang langsung tidak memberi manfaat utk masa depan.
aku teringat pada satu cerita dalam al-quran.tentang kerajaan saba'.yang mengisahkan antara raja balqis dan nabi sulaiman.semua dah tahu, tak payah cerita tentang benda dah tahu.cuma kita amik pengajaran dari keunggulan yang pernah dikecapi oleh kerajaan saba' utk renungan.keraajaan ini adalah kerajaan terkuat pada masa tu.kalu tak masakan memanda menteri memberi cadangan agar putri balqis menyerang nabi sulaiman.kerajaan ini mempunyai empangan yang sungguh besar,yang berjarak beratus2 kilometer.bayangkan,kerajaan ini telah mampu membuat empangan,sistem saliran yang canggih,pokok2 menghijau di tengah2 padang pasir sana, rakyat hidup aman makmur.selepas kemangkatan nabi sulaiman n putri balqis,kerajaan bertukar milik.kerana terlalu lama memerintah,kroni diutamankan,jawatan penting adalah untuk keluarga.pembangunan sahsiah tidak diutamakan menyebabkan semua ni berlaku.generasi muda tidak diberi pendedahan dan pelajaran yang baik,golongan muda yang harus memimpin negara terbuai dengan keseronokan menyebabkan tiada warisan pengurusan yang cekap dan tiada warisan pengenalian teknologi.rasuah melimpah ruah,bila agama ditinggalkan,bila keseronokan dan pembangunan material menjadi keutamaan,Allah telah membinasakan mereka dengan pecahnya empangan tersebut.ketika itulah terjadinya banjir besar yang melanda mekah sebelum kelahiran nabi besar Muhammad s.a.w.
jika kita perhatikan persamaan dengan negara kita,aku takut sangat2.bila tengok kerajaan sibuk dengan pembangunan dan pengurusan yang meninggalkan Al-Quran dan sunnah.pemberatan ke arah pembangunan rohani dan sahsiah ditinggalkan, kita akan jadi seperti kerajaan saba'.
tengoklah remaja kita,berpeleseran di malam2 hari,berdisko,berdadah,berzina,bermacam2 lagi...
adakah kita dapat menjamin anak2 kita akan sama macam kita at least,yang tahu tentang agama,yang masih boleh manilai baik dan buruk.

terima kasih kerajaan yang menaikkan lagi harga minyak utk kali ketiga di era pak lah.

Malam Pertama Gua

Semalam gua dah start kerja. first day. hmm, okla. walaupun kaki agak lenguh, sebab kena berdiri jer selama lapan jam. tambah pulak kena jaga satu rak jer... boring gak la.... tapi itulah kerja seorang promoter. tanyala sapa-sapa pun yg penah kerja as promoter.
hari pertama lagi gua dah berdepan ngan cabaran yg besar. mana taknya, weekend. ramaila yg keluar shopping. kalo orang lain gua tak kesah, tapi budak-budak UTM!! huhuhu... Kena tebal muka la semalam. En. Azam (lecturer Kajian Kos) pun ada datang gak. Felo kolej pun datang gak!!!! sempat lagi dia datang borak ngan aku pulak tu... maluu beb... tapi apa boleh buat... hari first... lama-lama okla...
secara keseluruhannya bagi gua, kerja sebagai promoter ni bolehla kalo sebagai part-time.

p/s: malam tadi Chelsea lawan Arsenal. yes, Chelsea menang lagi. menang lagi! menang lagi! keputusannya 2-1. Telah ku jangka Kelab kesukaanku akan menang. Kedua-dua jaringan adalah hasil kerja Drogba. kalo tak silap, pada minit ke-8 dan 58. cayalah. chelsea memang power. tapi apapun gua juga minat gak Arsenal tapi malam tadi oleh kerana dia bertemu ngan kelab kesayangan gua, jadi Arsenal kena terima hakikat. buat peminat arsenal, ( terutama sepu ngan Mat Gap ) korang jangan ambik hati, Arsenal dah main ngan baik terutama si Henry. Dia main dengan bagus semalam. walaupun cubaannya tidak masuk tapi agak menarik jugala... n then, gol arsenal gua tak ingatla nama penjaring. tapi gol yang terhasil adalah hasil sepakan yang agak penjuru sikit. cantik gak..

p/p/s: semalam, lepas balik tengok match antara Chelsea ngan Arsenal, gua terus balik bilik. Ingat nak balik tido terus sebab esok pagi kelas start pukul 8. Kelas Pengurusan Maklumat. Tapi bila gua bukak tv, adalak cerita best tayang kat tv semalam. Saluran RCTI jer(Indon). nak tak nak, terpaksala gua tengok. habis cerita, sedar tak sedar jam dah kul 3. alamak, dah lewat dah ni. nak mandi lagi, nak kemas buku lagi. cincai-cincai pukul 4 gak la baru dapat tido. tido pun kejap jer. lepas subuh gua tido balik. lepas set alarm kat pc, gua sambung tido balik. tepat 7 suku alarm berbunyi. apalagi gua bangun dan tutup alarm and then sambung tido balik. mengantuk beb. ingat nak sambung kejap jer. tapi sedar tak sedar bila gua bangun, jam dah pukul 8. apalagi terkejut la. tapi gua cuba kontrol relax. (konon2nyala) try hantar sms dulu kat budak2 ni, tanya diorang kelas ada tak. tapi masih takder jawapan. nak tak nak, terpaksala bangun dengan perasaan yg AMAT malas.... (macamla hari2 biasa rajin) lepas mandi gua terus pecut motor ke kelas. sampai jer kat depan kelas, budak2 ni cakap kelas batal. sebabnya Puan Kherun nita tak sihat. ARGHH!!!!!! dahla minggu lepas dah tak dapat join kelas dia, minggu ni pun tak dapat gak!!!! MENYESAL BANGUN AWAL!!!!

Thursday, August 04, 2005

Petang tadi ada junior suruh tolong belikan pc utk dia. budget rm1200 tapi dia nak p4. esok dia bagi duit gua pegi beli sendiri. beli part by part dapat murah sikit la. lagipun tak payah bayar upah pasang dan lain2 tu... ok lah. tu jer...


p/s:
petang tadi terlepas kelas Pengurusan Maklumat. Tak sedar kelas ganti. padahal gua dah tulis besar2 kat papan notis. tapi macamana boleh tak ingat. Puan, Sori ek.....

Tuesday, August 02, 2005

Jadual Harian

Ni ialah Jadual Harian Gua. Nanti senang gua nak refer kalo lupa.

YEEHAA!!!!
Gua dah dapat kerja!!!!
Part time, Sabtu dan Ahad.
jam 12 tgh sampai 8 mlm.
so, tak usah carik gua masa ni ye....
kalo penting sangat dtg jumpa kat Jusco, Rak Air 'Bross'.

apapun, sekarang ni gua rasa happy sikit. yela dah dapat kerja. dapatla penuhkan sikit poket tu... dapatla upgrade pc tu.... dapatla buat itu...dan itu... dan itu...

tapi satu jer harapan gua, harap-harap kerja ni tak menyusahkan sangatla. maknanya kalo ader menda-menda yang tak elok tu, harap dijauhkanla... maklum la... kerja ngan Cina...
oklah... itu jelah...

Monday, August 01, 2005

hari ni takder apa-apa yg menarik utk dikongsi.
ntahla. mungkin gua masih menunggu wireless masuk kat bilik. boring dah tunggu lama-lama. ingat nak update layout blog ni sikit. tambah apa-apa yang menarik. biar lebih berguna. (err..sebelum ni tak berguna ker?)
ooo ya... gua ingat. dalam dua-tiga hari kebelakangan ni gua sebuk ngan satu menda tuh.. hikhikhik, kerja;kerja;kerja. dah cuba pegi mintak dekat giant, dekat jusco.. skang nih tengah tunggu diorang panggil jelah. harapan gua ; semoga dapat kerja tu. supaya senang gua nak upgrade pc gua nanti. harharhar. ok lah. gua nak balik dulu.

p/s: hari ni bangun kul 7, mandi2 dan bertolak ke fakulti. sebab kelas mula pukul 8. pukul 8, gua sampai, terserempak ngan jeniffer, katanya kelas tunda ke pukul 11. arghhh!!!! buang karan tul... kalo tido kan best.... so, daripada balik kolej, gua ingat nak masuk lab jap. main nagn internet sambil tunggu kelas start. tapi mawardi lak call ajak makan. pegi jelah.... pastu kitorang berpecah. dia pegi pusat com, gua datang lab. sejam kendiannyer, sambil syok layan forum, tut---tut---tut--- you got 5 messages. lepas tu gua bukak la...


"kls kherun nita btl.Cnfir
m. yehaa... :D.
Bgtau yg lain k.

sender:
Mawardi."

arghhh!@!!!!!