Monday, October 23, 2006

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...



Dikesempatan yang dah tak berapa lama dah ni, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri pada semua reader tak kira tua muda, jantina dan bangsa....
Terima kasih aku ucapkan kerana terus setia memberi sokongan kepada aku selama ini...
...dan aku juga ingin memohon ampun atas segala kesalahan-kesalahan dan perbuatan yang menyinggung perasaan selama kenalan.... Aku minta jasa baik korang memaafkan...
Memandangkan dah nak raya ni, persiapan korang macamana?
Akunya tak seberapa sangat banding ngan korang... tak beli apa pun.....

Wednesday, October 11, 2006

optimus transform!

nih dia... aku jumpa masa tgh merayau kat internet...
dengar cerita filem transformer dah nak keluar...
mungkin ni adalah antara pelakon2 maya tersebut..
check it out!



amacam? power tak rendering dier?

download (1024 x 720 ) size 14 mb jer...

The True Facts About Tamil's Film
Fakta Menarik Tentang Filem TAMIL
1. Heronya langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu-talu Oleh musuhnya,tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus aja..'Adehh,adehhh'!
2. Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin(begitulah sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan.
3. Selepas disapu ke muka,mekap heroin takkan luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir.
4. Sepasang kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang.Tapi eh... tiba- tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang mereka,terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama.Misteri betul..dari mana datangnya 100 orang itu?
5. Di akhir filem,sang hero mendapati penyangak yang dimusuhinya selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang memanjakannya adalah emaknya,ketua inspektor polis(Inspektor sahab) adalah bapanya, pendakwa raya itu sepupunya,hakim adalah bapa saudaranya..begitulah seterusnya,seterusnya dan seterusnya.
6. Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan Inggeris ini,iaitu No Problem,My God!,Get Out!!! Shut up! Impossible! Please Forgive Me! Dan perkataan-perkataan itu mesti disebut dengan kuat.
7. Sepasang kekasih boleh bergolek-golek-golek-golek-golek di atas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain pula!
8. Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa,berkejar-kejaran di atas bukit sambil menyanyi,bertentang mata,menjeling-jeling dan tukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa menunjukkan rasa penat
9. Anda tentukan....

Monday, October 09, 2006

Kehidupan sebatang rokok...

I am Peter Stuyvesant
I have two friends, Benson and Hedges
I came from the city of Marlboro,
In the Salem high country
I Always carry a Mild Seven
I rode on a White Horse
Going to Kingsway in Kent
It was Lucky Strike I fell in love
With the daughter of Master Duke
Her name Was YSL
We got married by Perillys, the priest
We checked in at the house of Dunhill
And booked into room number 555
I laid her on the bed made of Gold Leaf
I played with her two Matterhorns
When I poked in my Rothmans King Size
She cried in delight, “You are a Rough Rider!!!”
You are riding like a mad Camel
When I asked her if she is satisfied
She answered” I want MORE!!!!”
Then suddenly she turned around and asked me if I want to enter her Gudang Garam.
She said… depan belakang puas, barulah SAMPOERNA!!! =>

Friday, October 06, 2006

Masa Itu Ibarat Pedang. Jika Kita Tak Memotongnya, Maka Ia Akan Memotong Kita...

Sekadar mengisi waktu saat2 berbuka....
ada sejam saja lagi. juadah berbuka pun tak beli lagi. ingat nak masak jer... takpun berbuka ngan kurma je dulu. nanti malam baru carik nasik....
bukan apa... sebenarnya baru bangun tido siang... cover yang 2 hari tak dapat tido lena.... benyak yg kena siapkan minggu ni... PSM, Final Projek, bla...bla....
Itu yg tak leh tido tu....
progress setakat ni, alhamdulillah....
psm pun dah siap... cuma nak tunggu viva je lah... kena carik idea yg power2 untuk viva jelah... aku dapat tau viva 20hb.. so sempat lagi...
Final Projek lak dah siap 2 elemen. satu elemen saja lagi tak siap. minggu depan dah nak hantar... tak apalah... 2 hari cuti sempatla siap.... tinggal kena kira brickwall je.... pastu key-in data kat primavera.... Harap2 dapat beres semua ni Isnin depan....
Sebab Minggu depan ada test Structure... So, minggu tu kena study structure... Test hari Jumaat. Sempat la study seminggu...
Lepas tu PSM lak...
dan akhirnya.... lega.... dapat balik raya.....
Final hanya lepas raya... so, raya kejap jelah... mungkin raya ke 4 atau 5 datang sini balik....
study untuk final....