Friday, January 20, 2006

Boring ngan wireless...

dah semiggu lebih sejak datang UTM lepas cuti raya haji baru2 ni, aku tak dapat online kat bilik.
Wireless kolej aku semakin hari semakin menggila... dah banyak post aku taip tapi takleh nak publish. ni pun sebab aku post kat lab.

sebelum ni, dapat gak connect walaupun connection dia asyik putus2. tapi sekarang dah makin melampau. hampir setiap masa aku TAK DAPAT CONNECTION!.

waa... aku tak dapat hidup tanpa internet. Itu yg menjadikan hidup aku semenjak dua menjak ni boring dan bercelaru. nasib baik kaki dah ok sikit. boleh turun main bola petang2. kalau tak aku tak tahula. masa kaki sakit sakit beberapa hari yg lepas, sesungguhnya aku berada dalam situasi boring tahap dewa. tak tahu nak buat apa. asyik dengar mp3 je.... lama2 boring gak. main pc je syik THE Strokes aje... memang lagu dia best, tapi kalo dengar sepanjang masa boleh jadi muak gak....

Lusa, hari Sabtu aku ada perlawanan bola. Liga QS bina sempena hari sukan kos aku. Tak de la ramai pun main. ada la dalam 8-9 team yg lawan. sehari pun boleh habis. macam tahun2 sudah.
Dulu, team aku nyaris2 nak juara. tapi ada kesilapan teknikal yg menyebabkan team lawan dapat penalti. kesudahannya perlawanan seri... dan disudahkan dengan lawan penalti.
Penalti, kitorang kalah. so, kali ni, takde kesilapan lagi. kitorang pasti akan menang. alang2 bermain biar menang!

Hari sukan nanti, aku ada buat bisnes. bisnes kecik je tapi yg pasti pulangan dia besar. Kalau takde aral yg melintang, insyaallah aku akan bukak bisnes jual air minuman. Budget aku dalam rm100. tak tahulah cukup ke tak. takpe lah.. ada member aku nak masuk share.

harap2 semua kerja aku menjadi dan aku yakin team aku akan menang!

Monday, January 09, 2006

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya I'dul Adha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Dan kalau ikutkan kelandar hari raya akan jatuh besok!

Dikesempatan ini, aku nak pohon ampun dan maaf jika terdapat kesalahan selama perkenalan ataupun ketika masih tak kenal... itupun kalo ader... ade ker?

Esok, 10 januari kita akan sambut raya lagi untuk yang kesekian kalinya. Apa perancangan kamu semua? Perancangan aku kali ni, tentu saja melawat sahabat handai dan beras2. (biras2)

Aku yakin, besok kaki aku akan sembuh 99 peratus. sebabnya hari ni rasanya dah sembuh hampir 75 % (andaian je) dan yang ada cuma rasa kebas2 sikit jer... alhamdulillah... nak round dekat2 tu takder hal lah, so, pada kawan2, sapa yg nak ikut aku beraya, apalagi jomlah join sekali. lagi ramai lagi elok, kan?

Aku peruntukkan nak round2 utk satu hari jer iaitu hari raya pertama jer... sebab hari raya kedua nanti, keluarga aku akan rebahkan 2 ekor lembu. Daging2 tu nanti akan dibagi kat orang2 kampong, dan bukannya utk 'bigwork' a.k.a kenduri. :[
2 ekor lembu tu salah seekornya aku dah tengok. mak ai.. dah la besar, kaler hitam lak tu... ngan bonjol kat atas tengkuk tu pastu ngan tanduk yg panjang tu, rasanya mesti susah sikit nak sembelih nanti. aku nak tunggu dan lihat apa akan jadi...

raya ketiga lak aku rasa dah takder apa nak buat dah... mungkin aku akan kembali ke UTM. banyak lagi menda yg aku kena siapkan. PC dua biji kat bilik aku tu belum siap lagi. Lepas siap menda2 tu semua aku nak fokus kat study.. yea.... study2...

Saturday, January 07, 2006

Bola punya pasal

Adoi... semalam nak jalan pun seksa. sakit sangat. ingat nak pegi unit kesihatan jer, tapi pikir2 rasanya takde apapun. maybe akan sembuh dalam dua tiga hari jer. nak pegi situ pun bukan aper, cuma nak check jer kot2 ader tulang yang patah ker ape ker... cuak gak la... makin lama makin teruk. mula2 boleh jalan sampai la takleh jalan, bukan takat tu, kaki pun dah tak tau nak letak kat posisi mana. pusing kiri tak selesa, pusing kanan tak selesa. pendek kata takder posisi yg selesa lah... aku geram, ambik panadol 2 bijik, telan. kot2 boleh tahan sakit tu.. mintak2 la. dan alhamdulillah, kesakitan tu buat aku tak jadik tido. takper, aku syukur... walaupun dah telan panadol, tak jadi gak... dah terlajak takleh tido, aku layan initial D. tu pun sebab ader member aku tgh tengok. dari episod awal sampai berapa ah.. pastu aku lelap sendiri. hahaha.. makan panadol tak jadi. rupa2nya ubat dia kena tgk movie ker tv ke baru boleh tido. tido punyala sedap. sedar2 dah pagi. takder rasa sakit pun masa tido. mungkin sebab letih kot.

sebanarnya petang tu, aku turun berlatih bola. kebetulan hujan, ramai gak la tak turun. hanya batch kitorang jer. pastu campur budak2 lain yg takder geng nak main. takpelah, main ngan kitorang la... masa main tu hujan bukan main lebat... toksah ceritalah... yg pandai ker, tak pandai ker, sama jer petang tu. padang penuh ngan air. main rembat jer... entah kenapa semalam aku main dengan agak lincah... ada beberapa situasi yg agak bahaya (bertembung ngan orang BESAR) tapi takder apa... lepas beberapa ketika, masa tu dah nak maghrib, masih main lagi. masa tu aku dapat bola. betul2 depan gol, tapi jauh gak la... aku hayun kaki nak rembat... masa rembat tu la 'Ganu' rembat sama... mungkin rembatan dia tu lagi kencang dari aku, maka dia dulu yg dapat bola. terlanjur sepak tersepak kaki aku sekali. macamana aku nak bayangkan bunyinya ye... kalau dalam komik tu mesti ada PAM! takpun POW!!. lebih kurang begitulah...
Fuh... bukan main sengal lagi... tak sakit lagi masa tu... sambil2 kontrol...(padahal tgh tahan sakit) aku cuba untuk main lagi... tapi masa tu aku ingat malas nak sepak2 bola dah... kalau bola datang pun aku passing2 bodo camtu jer... lepas beberapa minit baru sakit datang. mak ai... dah longlai dah kai kanan ni.... masa tu la aku keluar... tak bisa ah...
masa keluar tu budak2 ni semua tanya, apahal? tiba2 keluar. Tiba2? ooo... diorang tak nampak insiden tadi rupanya.... menyesal gak aku tak buat2 sakit masa kena tu.... paling tak orang tahu aku sakit.... kontrol punya pasal.. hah! AMBIK....
Pagi besoknya, aku tak dapat gi kelas. pagi tu aku takleh gerak langsung. kena lompat2 ngan kaki kanan la...
dalam pukul 10, aku pegi mandi. ingat nak pegi unit kesihatan jer... tapi nak pegi macamana? nak jalan tak boleh, usahkan naik motor... maka terbantut hajat kat situ...
sampaila ke petang. Wafi ajak pegi makan. masa tu nak tak nak, aku kena pegi gak, (sebab naik keta jer..) tapi sebab paling besar ialah aku sangat lapar nasik! maka pegi la 4 orang Kafe Meranti... Pastu balik bilik, bersiap untuk balik kampong. Yeehaa... Sekarang kau dah kat rumah!

Wednesday, January 04, 2006

Just my past quote

Memories have always been precious; Some people think that I have a little problem and maybe another one i have a problem with my brain?. I am on the Internet a lot. By a lot I mean a couple of hours a day or more.
Sometimes, when i've got to go to play football or have a dinner with friends or maybe to sleep or whatever, i am still on the intenet!! I am always looking for the next amazing thing to catch my interest. Anything from the mundane to the bizarre seems to strike my fancy, so basically that includes just about everything. But constantly searching for the next site that will shock and amaze me grows tiring.
That's why I started this blog. Instead of viewing the Internet as a passive bystander, I decided to be a part of it.

p/s:sory, i've just copy and edited my past quote. nowadays, i've listen back what people are talking around. lol!

My New Friendster Layout

Check out my new profile and my new layout. -- I've made a lot of changes recently and wanted to get in touch and let you know. When you get a chance, send me an update. It would be great to hear from you.

Come check it out! I think it's a great. I take a few hour's of my day to do this. Maybe you will like it.

at last but not least, please remember, i'm a Gecko-Firefox user. Please use a browser with Gecko engine like Firefox or Netscape. Until now, i've already test on Firefox 1.5 and it works with Firefox browser with 1024 x 768 resolution only..


Thanks,
Assabakie

Sunday, January 01, 2006

Tahun Baru di JB

Selamat Tahun Baru pada semua..
Hari ni tanggal 1hb Januari 2006, genap setengah abad kita sambut alaf baru...
Semoga janji2 atau harapan tahun sudah yang tak tertunai lagi tu boleh dilunaskan tahun ni...
Tadi masa aku pegi makan kat 'Payung' Taman Seri Putri, budak2 ni ajak pegi Danga Bay, tengok macamana orang JB sambut tahun baru. Aku nak tak nak kena pegi gak sebab aku tumpang keta diorang masa tu... tapi dalam hati memang la nak pegi gak... masa tu kitorang 'makan besar' bersama ngan geng2 lain. ada la dalam 20 orang. sampai tak cukup meja... kena tunggu orang lain blah dulu la.... kat 'payung' tu punyalah ramai giler orang... dekat sejam gak la baru order kitorang sampai... habis je makan terus Acap isi minyak keta dia, pastu terus pegi Danga Bay. Masuk je jalan besar, ya Rabbi... mak ai... panjangnye jem.... masa tu kalau tak silap dalam pukul 10.30 pm. keta berderet2... hampir setengah jam baru la kitorang sampai Danga Bay. Ingat dah sampai boleh lega sikit (sebab rimas duk dalam keta kancil tu, belakang 3 orang, dua yg lain tu besar2 ;] ) tapi tak... parking lak takder.. kat bahu jalan sumer dah penuh.... terpaksa la jalan slow2. carik lubang dan lorong untuk parking keta... lepas satu lorong, satu lorong... dan akhirnya jumpa la satu kosong. cuma tempat tu susah sikit nak masuk keta walaupun kancil... tepi dia ada longkang besar... so, dengan hati2 akhirnya berjaya gak la parking... keluar jer keta, baru lega... mak ai... ramainye orang... ada artis ke kat Danga Bay? kitorang masa tu terpinga2 lagi nak pegi mana ni... Padahal Danga Bay tu
bukannye besar sangat, tapi bila dah ramai sangat orang kat dalam tu, nak jalan pun susah... kitorang tak banyak bicara, so terus masuk... bila masuk je dah dengar dah riuh suara orang berteriak kat depan.. apalagi kitorang pegi la... ya rabbi, rupanya ada Disco Dance Challenge rupanya... amoi2, mamat2, indon pun ada terkial2 duk berjoget.. sapa paling power dia menag. hadiah tak seberapa. cenderahati dan beg DIGI jer.. DIGI la yg anjur menda tu kot. sebab pentas tu banyak stiker DIGI... ngan beg2 DIGI skali... mak ai... ramai giler orang... aku nak tengok pun tak berapa nampak... sib baik sebelah aku ader kerusi... apalagi terus aku naik atas kerusi... memang clear lah.. hahaha...
lepas tu, kitong pegi kat pentas besar. pentas yg selalu artis buat show. Takde ape pun.... orang tak ramai sangat kat sini... masa tu Billy Zulkarnai tgh nyani. ntah aku pun tak kenal... aku dengar DJ situ yg cakap... tak terlayan aku dengar nanyi ke teriak.... aku ajak genag2 pegi kat pantai lak... haa.... baru best... ada band mana ntah... Old Skool lagi... mas kitorang pegi tu band ni tgh rancak nyani lagu 'Final Countdown'. best giler, Bassis jadi vocalis? dahsyat! dengan bunga bass pun dia boleh nyanyi lagi... jarang bassis boleh nyani... kalo gitaris ramai la... lepas dua tiga lagu, ada mamat tu sorang tgh 'khayal' ke apa, naik kat pentas bisik sesuat kat vokalis... skali tgk macam tak betul... apa daa... dia pegi pakai 'spek 3D' yg TV3 jual tu buat apa? rupanya dia pegi bisik sebab nak nyanyi lagu... nak tak nak, band tu pun bagi la satu peluang... dia mintak lgu Sweet Charity - Kamelia. Masuk rangkap pertama jer, dah kena booo ... ntahla aku rasa sedap gak sedap dia. dengan serak ramli sarip jer... tapi banyak kantoi.. lupa hafal lirik... habis nyani, dia pun turun, band tu ucap tima kasih kat mamat tu, pastu buka peluang kat orang lain lak yg nak nyanyi sama. mamat tadi dia ingat dia dipanggil sekali lagi.. terus naik balik... kawan2 dia dah sekat tapi dia lolos gak... kali ni lagu Teratai... kawan mamat tu naik pentas, aku ingat nak tarik dia, rupanya nak duet. hampeh... kacau daun... padan muka kena boo... lepas habis lagu teratai, band tu rehat kejap.... masa tu sume orang bersurai... aku tgk jam dah kul 12.30. masa tu kitorang dah plan nak balik jelah... takde menda menarik pun rupanya... so, kitorang pegi kat keta... nak keluar lak satu hal... nak masuk tadi dah kira susah, keluar lagi susah... jem.... kena tunggu dekat setengah jam baru boleh keta boleh keluar... masa balik, kitorang ikut jalan lain.. lenganla sikit. aku pun tak tahu jalan tu... budak2 ni tahula sebab selalu pegi JB. ada kat satu tempat tu, keta ni masuk lorong. gelap giler. aku tertanya2.. apasal masuk sini? rupa2nya diorang saja lalu.... situ lorong mak nyah selalu dapat customer... mak ai... ramai giler mak nyah kat tepi jalan. tunggu orang datang ambik... giler ah... tak tahu lak aku ada mak nyah kat situ... semua orang dalam keta gelak tgk gelagat 'nyah' tu... habis lorong tu, kitorang masuk jalan besar balik... pastu terus balik UTM. tgk jam dah kul 1.30 pagi. ingat boleh balik terus, rupanya pegi minum dulu... apalagi kedai Ayub la... masa tu ada match bolasepak Fulham vs WHU. layan bola la dulu... habis separuh masa pertma, sumer tgh mengantuk. so, kitorang balik kolej... sampai kolej, semua masuk bilik masing2. aku terus mandi. rimas la... pastu main komputer jap, taip blog ni pastu lepas ni tak tau lagi... nak tido terus ke ape... budak2 ni duk tengok dvd 'Khairi Potter'. nanti lah.. tgk dulu macamana. sebenarnya dah lebih 24 jam aku tak tido ni... aku tak tau kenapa. sejak datang jb ni, aku rasa tak sedap badan jer... mungkin sebab perubahan cuaca yg ketara ngan KB kot. kat KB hari2 hujan... sejukkk... kat sini hari2 panas. panasss... budak ni pun cakap macam tu gak... tu sebab nak tido pun tak boleh. tapi lepas mandi tadi aku rasa lega sikit...