Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

Thursday, February 08, 2007

Cuti-cuti malaysia...

start besok, jumaat bermulalah cuti midsem bagi semester ni...
maknanya aku akan balik kampong... boleh keluar minum ngan member2 lama...
walaupun begitu, cuti ni aku kena banyakkan masa utk siapkan asigment yg terpaksa dibawa balik ke kampong sekali... huhu...
kena betul2 bagi masa ni... kalo x memang x siapla asignmnt tu.... banyak giler... main ngan statistik2 lagi...
apapun, akan aku enjoy juga cuti ni...
dan carik duit lebih sikit utk 25hb ni....
tau apa akanterjadi 25 hb ni?
"kalau otai mesti tau punya" (petikan kata2 Mus (May)masa live kat Planet aritu....)
Muse Consert! Live On Key Earl. (sebut betul2)

oklah... chow dulu....

Thursday, October 27, 2005

Majlis Berbuka Puasa Ejoe.net


Sempena menyambut bulan puasa ni, maka kami warga ejoe.net akan mengadakan majlis berbuka puasa pada 31 oktober esok lusa. diharap para ejoerian sumer boleh dapat hadir....
Bertempat di Restoran New Horizon, Wakaf Che Yeh, Kelantan.
Sapa berminat sila Skype me; +6012-777-1450. sms pun boleh....
nanti gua bgtau orang2 berkenaan.

Friday, September 30, 2005

Kelantan, our destination...



Setelah bertungkus lumus, akhirnya kita dapat juga membuat lawatan sambil belajar ke beberapa site di negeri Kelantan. Bagi kami para AJK, kami rasakan ianya sesuatu yang amat berjaya kerana selain mendapat ilmu dan pengetahuan baru, kami juga berpeluang meronda negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Maka, disini, kami ingin tahu apa pula pandangan anda sebagai peserta lawatan. Sila komen sepuas-puas hati kat bahagian komen....

Gambar Atas: Setelah penat membeli-belah di Rantau Panjang.

Gambar Tengah: Posing maut di Pejabat Empangan Pergau, Jeli.

Gambar Bawah: Born Fire kat Pantai Tok Bali, Pasir Putih.

Lebih banyak gambar disini.

Tuesday, August 23, 2005

Thursday, July 07, 2005

Cerana..., here we go...

alhamdulillah...
akhirnya selesai jugak... nampaknya semua hadir[ padahal 10 orang je].
hehehe... walaupun tak ramai tapi meriah giler... tambah pulak masa tu restoran takder pelanggan. boleh la kitorang sembang puas-puas. lama tak nampak kelibat budak-budak pompuan tu. budak2 laki takyah cakap la. setiap malam keluar minum...,
oleh kerana gua tak bawa kamera, so, takde la gambar. hehehe, tapi jangan bimbang, ada dikalangan kami bawak kamera. jadi kena tunggu diorang bagi dulu la... dia kata nak attach kat emel. tak taulah bila tu. harap cepat-cepatla sikit. tak sabar nak tengok...
episod kali ni gua dah berambut pendek. padahal dah lama potong, tapi sebab dah lama gak tak ambik gambar jadi macam penampilan baru la kiranya....
plan asalnya 2.30, tapi pukul 3.30 semua baru datang. sampai cerana dekat pukul 4. lewat sikit. tapi takpe. puas hati.. lama gak sembang tadi. sembang pasal kolej, pasal study, pasal aweks, pasal; macam-macamlah.. okla.
tapi satu gua tak puas hati. helmet kesayangan gua... huhuhu... si Aswad, bawak balik helmet gua. ceritanya begini, oleh kerana sayangkan helmet tu, tak berani la nak letak kat motor. jadi tumpang kereta si Aswad tu. balik nanti bolehla ambik balik. tapi si Aswad ni balik awal sikit. Dia lak tak teringat pasal helmet gua tu. gua pun aiseyman...tak perasan la. tengah best sembang. balik dengan tak ber'helmet' la petang tadi. nasib baik la petang. tak le takut sikit. pak polisi pun takder. jalan kampong katakan.
hmmm...oklah dulu. tunggu gua upload gambar tu kat sini lah...

Restoran Cerana, tunggu...

Petang ni semua x-classmate gua berkumpul.. sempena nak pegi ipt masing2.
kitorang berkumpul kat Restoran Cerana. kiranya makan tengahari kat sana la kot.
gua tak kisah sebab gua dah makan tadi. sambil2 teman mak ayah makan. oklah, skang dah pukul 2, kitorang dah janji nak berkumpul jam 2.30. oklah, berambus dulu....

Friday, June 03, 2005

Pantai Irama mesra menyambut pengunjung

PASIR yang memutih dan pantainya yang landai menjadikan Pantai Irama, Bachok antara kawasan peranginan dan perkelahan tepi laut yang tercantik di Kelantan.

Pantai yang bebas daripada ancaman hakisan dan ombak besar, berbeza dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan Pantai Sabak serta Pantai Seri Tujuh yang sudah kehilangan daya tarikan kesan hakisan berterusan.

Pantai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kota Bharu itu menjadi tumpuan pengunjung terutama sebelah petang pada hujung minggu kerana keindahan pemandangan dan air laut yang jernih.

Sebelah petang menjadi pilihan pengunjung kerana kawasan pantai itu teduh dan redup berikutan pohon ru yang memenuhi kawasan sekitar pantainya.

Di pantai itu, anak-anak boleh bermain layang-layang atau mandi laut tanpa mengundang rasa bimbang ibu bapa kerana keadaan pantainya yang landai.

Sesekali motosikal penjual sate ikan atau ais krim turut melewati sambil menawarkan jualan masing-masing. Beberapa gerai menjual colek makanan laut turut berada tidak jauh dari pantai.

Kehadiran pelancong tempatan dan luar secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi penduduk setempat yang menjalankan pelbagai perniagaan kecil sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Pantai Irama.

Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok (MDB), Mohd Faudzi Che Mamat, berkata Pantai Irama yang berkeluasan kira-kira 4 hektar turut mempunyai dua chalet sebagai kemudahan kepada pengunjungnya.

"Pantai Irama Motel mempunyai 18 bilik, manakala Irama Inn mempunyai 33 bilik termasuk dorm. Selain itu, deretan gerai makan yang menyediakan pelbagai masakan tempatan dan makanan laut serta sebuah masjid berdekatan mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu masa.

"Selain itu, kawasan pantai Irama juga dilengkapi kemudahan tandas, surau, pondok rehat serta taman permainan yang menjadi pilihan kanak-kanak selepas puas bermain di pantai," katanya.

Beliau berkata, usaha membangunkan Pantai Irama sebagai tarikan pelancong dilakukan secara berterusan mengikut kemampuan MDB yang turut mendapat kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Difahamkan usaha juga dilakukan untuk mendapatkan sumber kewangan daripada Kementerian Pelancongan dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) untuk membangunkan kawasan Pantai Irama Bachok.

Setakat ini, Kementerian Pelancongan meluluskan peruntukan kira-kira RM130,000 kepada MDB dan sebahagian daripadanya digunakan untuk membina pagar dan gerai perniagaan di sekitar pantai.

Berikutan keindahannya, Pantai Irama bakal menjadi lokasi pertandingan GP Joran 2005 anjuran Unit Joran Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) pada 18 dan 19 Jun ini.

Program anjuran BHSB dengan kerjasama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Bachok, Datuk Dr Awang Adek Husin; Lembaga kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan turut disokong MDB.