Saturday, May 07, 2005

Harian Metro Online (Malaysia)

"Jangan bazirkan petrol

HARGA petrol naik lagi! Demikian tajuk berita di surat khabar Khamis lalu yang kita sebagai pemandu resah apabila membacanya, apatah lagi dengan kenaikan harga petrol, tidak lama lalu.

Bagaimanapun, ia tidak dapat dielakkan kerana harga bekalan minyak dunia melambung tinggi ke tahap rekod baru hampir setiap bulan.

Sehubungan itu, panduan pemanduan yang diberi di bawah dapat membantu menjimatkan petrol kenderaan anda.

Dua peraturan asas yang penting dan perlu kita ingat adalah memandu secara lebih efisien dan memastikan kenderaan diselenggara dengan baik. Cuba praktikkan amalan berikut:

# Pandu dengan lancar. Pemanduan agresif (suka memecut serta kerap kali beralih di antara menekan pedal petrol dan pedal brek) amatlah membazirkan petrol. Sekiranya anda memandu kenderaan anda dengan lancar, anda dapat meningkatkan penjimatan petrol sehingga 33 peratus sewaktu memandu di lebuh raya dan lima peratus di jalan raya ibu kota.

# Patuhi had laju. Secara amnya, ekonomi optimum petrol boleh diperolehi di antara kelajuan 90 ksj hingga 100 kmj.

Penggunaan petrol semakin meningkat apabila mengatasi kelajuan 100 kmj. Setiap peningkatan kelajuan lapan kmj melepasi 100 kmj akan meningkatkan penggunaan petrol kereta anda sehingga lima peratus.

Pada kadar harga petrol hari ini iaitu RM1.52 setiap satu liter, pembaziran petrol adalah lebih tujuh sen setiap liter atau kira-kira RM4 setiap tangki penuh berisi 50 liter. Cubalah hitung pembaziran petrol kenderaan anda pada kelajuan 130 kmj.

# Selaraskan enjin. Membaiki enjin kenderaan yang tidak ditala atau kenderaan yang gagal ketika ujian pengeluaran asap dapat menjimatkan penggunaan petrol sebanyak empat peratus.

Bagaimanapun, peratusan ini bergantung kepada faktor seperti jenis pembaikkan enjin dan bagaimana kerja pembaikkan dijalankan.

# Tukar penapis udara. Pemilik kenderaan digalakkan menukar penapis udara "

No comments: