PERTANDINGAN ‘Siapa Hebat’ yang menampilkan lebih 50 motosikal dan skuter selain kereta yang diubah suai menarik perhatian kira-kira 8,000 pengunjung sempena sambutan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Padang MPK 2, baru-baru ini.
Pegawai Perhubungan Awam MPK, Mohd Sairul Kamri Mohd Saifuddin, berkata acara berkenaan antara lebih 15 pertandingan yang diadakan penganjur pada karnival selama dua minggu itu.
Bagaimanapun, pertandingan Siapa Hebat dianggap kemuncak acara yang diadakan berikutan sambutan menggalakkan pengunjung.
Katanya pengunjung dapat melihat teknologi terkini sistem audio dan enjin pada kereta dan motosikal dipamerkan.
“Ada gambar haiwan seperti harimau dan seladang selain gambar kartun popular dihias pada kenderaan berkenaan,” katanya.
Walaupun pertandingan itu tidak menawarkan hadiah lumayan, peserta tetap berusaha menghias kenderaan masing-masing sebaik mungkin.
Peserta, Jamizan Husin, 28, berkata dia membelanjakan lebih RM2,000 untuk menghias hampir keseluruhan skuternya dengan lukisan ‘Hulk’ termasuk pelbagai skuter lain.
“Saya berasa puas dan berbangga dapat menghias motosikal saya dengan apa yang diminati dan tidak menganggap perbelanjaan itu merugikan.
“Menghias motosikal menjadi antara aktiviti saya setiap hari bagi memastikan motosikal kelihatan menarik seterusnya mendapat perhatian pengguna jalan raya lain,” katanya.
Pemilik kereta, Azizul Mustafar, 34, berkata dia tidak merasa rugi atau membazir mengeluarkan wang untuk menghias dan mengecat seterusnya melengkapkan sistem audio.
“Saya puas dan berbangga dapat memandu sebuah kereta yang cantik dan berupaya mendapat perhatian pengguna jalan raya lain untuk memandangnya.
“Lebih baik saya menghabiskan wang menghias kereta daripada mengubah suai kereta semata-mata untuk berlumba haram,” katanya yang sedia bertukar pengalaman yang d"
Saturday, May 07, 2005
Hati puas hias kenderaan
Labels:
Santai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment