Sunday, May 08, 2005

Suasana dalam rumah lebih canggih, elit

CHONG menunjukkan bilik mandi serba canggih dilengkapikemudahan urut, shower dan sistem audio.

MAHU suasana dalaman rumah anda kelihatan canggih dan elit? Jika ingin, pilih saja peralatan serta keperluan yang dapat menjanjikan kepuasan, sekali gus mampu mengubah gaya hidup anda sekeluarga.
Pada zaman serba moden ini, mereka yang inginkan penampilan hidup mewah boleh memiliki apa saja kerana banyak syarikat dan gedung perniagaan menyediakan pelbagai keperluan yang boleh mewarnai kehidupan anda seharian.
Bagaikan satu kemestian, ruang tamu, dapur, bilik air dan bilik tidur harus dilengkapi pelbagai keperluan serta kemudahan seperti kabinet, perabot, bahan hiasan dan kemudahan bilik mandi yang mampu menampilkan suasana lebih ceria.
Namun, bagi mereka yang mementingkan gaya hidup terancang, sama ada mampu atau tidak bukanlah menjadi soal, yang penting gaya hidup harus disesuaikan dengan peredaran zaman.


SUASANA ruang tamu hasil sentuhan Pearl Point
yang menonjolkan imej korporat dan kontemporari.

Di Sungai Petani, Kedah, sebuah syarikat dikenali SP Pearl Home Galleries menyediakan pelbagai peralatan dan keperluan rumah bagi mereka yang inginkan penampilan penuh bergaya.
Syarikat terbabit yang mempunyai kedai serta pejabat di Kompleks Niaga di Legenda Height berhampiran gedung beli-belah Tesco menumpukan perniagaan pelbagai keperluan rumah serba canggih yang hanya mampu dimiliki golongan berada.
Pengurus Besar syarikat itu, Chong Yoon Phin, 37, berkata meskipun kebanyakan barangan terutama berkaitan keperluan dapur dan bilik mandi dari jenis berjenama yang diimport, produk keluaran tempatan turut disediakan dengan harga berpatutan.
Beliau berkata, syarikatnya mempunyai prinsip sendiri dengan mengetengahkan produk berimej global supaya masyarakat dapat mengikuti aliran zaman yang mampu mengubah persekitaran serta gaya hidup lebih moden.

SEKALI pandang macam radar,
tetapi sebenarnya alat pewangi
udara yang sesuai diletakkan
di bilik tidur dan ruang tamu.

“Cara ini juga saya rasa dapat mendidik masyarakat supaya tidak menganggap gaya hidup mewah itu sebagai satu pembaziran, sebaliknya harus dilihat dari segi kemampuan membangunkan ekonomi yang mampu mengubah cara hidup keluarga.
“Kerana faktor itulah, SP Pearl Home Sdn Bhd berusaha memperkenalkan produk `generasi millineum' agar masyarakat terutama penduduk Kedah tidak akan mengalami kejutan budaya moden,” katanya ketika ditemui di kedainya baru-baru ini.
Sesuai dengan harga, boleh dikatakan barangan yang dijual syarikat berkenaan mempunyai reka bentuk menarik. Malah, ada antara produk seperti basin mandi urut badan (massage bath), alat pewangi udara dan bilik mandi berwap (steam bath) diperbuat menepati ciri-ciri gaya hidup global.
Yang lain pun seperti kepala paip, cermin muka, pintu bilik air dan kabinet juga mampu menyerlahkan suasana rumah dengan kepelbagaian reka bentuk serta corak yang menepati cita rasa generasi alaf baru.
Sebagai contoh, kos yang perlu disediakan bagi memiliki bilik mandi berwap diperbuat daripada gentian kaca dilengkapi pelbagai kemudahan seperti sistem audio, alat urut, shower, lampu serta kemudahan air panas dan sejuk itu antara RM800 dan RM15,000 seunit.
Baru-baru ini, syarikat itu mengadakan pameran selama 18 hari di pusat beli-belah Central Square Sungai Petani dengan menawarkan potongan harga istimewa bagi setiap produk yang dijual.

No comments: