Sunday, May 08, 2005

Terry, ibarat kereta kebal British

SEJAK berusia 14 tahun lagi dia sudah memberi gambaran betapa cerah masa
depannya dalam dunia bola sepak ketika beraksi dengan skuad remaja
Chelsea FC di Stamford Bridge – gelanggang yang kemudian memartabatkan
namanya di antara idola pujaan global.
Hakikat itu makin terserlah apabila pakar bola sepak mula menilai
kemampuan besar milik John Terry yang kini dilabel tonggak kelab
pendahulu Liga Perdana Inggeris itu dan juga skuad England.
Sebagaimana pemain muda lain dia juga ada idolanya dan pemain berkenaan
adalah Marcel Desaily yang mengajar anak muda ini erti cabaran selaku
pemain pertahanan. Tunjuk ajar daripada bekas kapten pasukan Perancis
itu dijadikan satu iktibar untuk berjaya.
Marcel banyak mengajar saya ketika saya bergelut mencari nama. Petua dan nasihat daripadanya amat berguna dan saya banyak menggunakan dalam permainan saya pada hari ini,” kata pemain ini yang sudah pun merasai dua gelaran musim ini iaitu Piala Carling dan kemudian diumumkan Pemain
Terbaik PFA 2005, Ahad lalu.
Jelas komitmen dan kesungguhan mahu berjaya seperti Desaily makin terpancar pada permainan Terry. Dia juga mendapat inspirasi sama daripada seorang lagi pemain Perancis yang menjuarai Piala Dunia 1998, iaitu Frank Leboeuf.
Marcel sendiri pernah menyebut bahawa pemain ini yang ibarat kereta kebal British pasti akan menjadi legenda Chelsea satu hari nanti kerana sanggup belajar dan memiliki visi bola sepak yang baik – ada kalanya jauh lebih baik daripada pemain senior.
Pengurus pasukan, Jose Mourinho yang menyerahkan lilitan kapten kepada anak didik pada 2004 lebih jauh ke hadapan dalam penilaian mengenai pemain berbadan sasa dari Barking, London.
Pengendali dari Portugal itu ber kata: “Terry adalah pemain pertahanan terbaik dunia pada hari ini.” Tidak dinafikan ada kebenaran dalam kata-kata itu buat menghuraikan prestasi Terry yang bukan sahaja membentuk benteng kebal malah ada sentuhan jaringan pada saat-saat penting, khususnya menerusi tandukan menggunakan ketinggian dan bijak mencari ruang penyudah.
Segala ciri-ciri dimiliki itu kini membuatnya menjadi aset penting untuk Chelsea, malah pengurus skuad England, Sven Goran Eriksson sudah mula menilai dia sebagai tonggak bek tengah – cuma dia keliru siapa harus dipisahkan di antara Sol Campbell dan Rio Ferdinand.
Ada satu ketika peluang dia beraksi di pentas antarabangsa hampir musnah apabila dia terbabit dalam pergaduhan dengan pengawal keselamatan kelab malam di Wellington Club, Knightsbridge. Dia bersama Jody Morris dan pemain pertahanan Wimbledon, Des Byrne ditahan polis.
Terry dilarang daripada mewakili England pada semua peringkat dan paling menyedihkan Eriksson terpaksa menyisihkan pemain berbakat itu daripada skuad Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan. Dia hanya bebas daripada segala tuduhan itu pada Ogos 2002.

DATA EpG
JOHN TERRY
TARIKH LAHIR: 7 Disember 1980
ASAL: Barking, London
POSISI: Bek tengah
KELAB: Chelsea FC
JUMLAH GOL: Lapan (termasuk empat dalam Liga Juara-Juara Eropah)
PERLAWANAN PERTAMA: 28 Oktober 1998 mln Aston Villa
JARINGAN PERTAMA: 20 Februari 2000 mln Gillingham
MULA WAKILI ENGLAND: 3 Jun 2003 mln Serbia & Montenegro
KAPS ANTARABANGSA: 17
KETUA PASUKAN CHELSEA: 22 Julai 2004
ANUGERAH: Pemain Terbaik PFA 2004/2005

Tahukah Anda?
JOHN Terry adalah pemain Inggeris pertama memenangi trofi Pemain
Terbaik PFA sejak Teddy Sheringham pada 2001 sambil muncul pemain
pertahanan yang pertama dipilih bagi pengiktirafan itu sejak Paul McGrath pada 1993.
Pemain kebangsaan England itu juga adalah pemenang anugerah Pemain Muda
Terbaik Chelsea pada 1998-99 dalam tahun pertama beraksi sambil berjaya
mengatasi rakan lebih senior dalam skuad remaja.
Membuat kemunculan untuk Chelsea dalam Piala Worthington’ menentang
Aston Villa pada musim 1999-2000. Kemudian menyertai Nottingham Forest
atas pinjaman selama enam minggu dan bermain enam kali.

PASUKAN EPL 2004/2005

PENJAGA GOL
Petr Cech (Chelsea)

PERTAHANAN
Gary Neville (Man Utd)
John Terry (Chelsea)
Rio Ferdinand (Man Utd)
Ashley Cole (Arsenal)

TENGAH
Frank Lampard (Chelsea)
Steven Gerrard (Liverpool)
Arjen Robben (Chelsea)
Shaun Wright-Phillips (Man City)

PENYERANG
Thierry Henry (Arsenal)
Andrew Johnson (C Palace)

SENARAI PEMENANG
2000 Roy Keane (Man United)
2001 Teddy Sheringham (Man United)
2002 Ruud Van Nistelrooy (Man United)
2003 Thierry Henry (Arsenal)
2004 Thierry Henry (Arsenal)
2004 John Terry (Chelsea)

PEMAIN TERBAIK PFA 2003-04
Thierry Henry (Arsenal)
Frank Lampard (Chelsea)
Steven Gerrard (Liverpool)

PEMAIN MUDA
Scott Parker (Chelsea)
Shaun Wright Phillips (Man City)
Kolo Toure (Arsenal)

CALON PEMAIN TERBAIK PFA 2003-04
Frank Lampard (Chelsea)
Steven Gerrard (Liverpool)
Thierry Henry (Arsenal)
John Terry (Chelsea)
Petr Cech (Chelsea)
Andrew Johnson (C Palace)

CALON PEMAIN MUDA TAHUNAN PFA 2003-04
Arjen Robben (Chelsea)
Jermain Defoe (Tottenham)
Stewart Downing (Middlesbrough)
Cristiano Ronaldo (Man United)
Wayne Rooney (Man United)

No comments: