Thursday, June 09, 2005

Empat remaja sekeluarga dijumpai

BUKIT FRASER: Tiga beradik dan sepupu mereka yang hilang di sini sejak Isnin lalu ditemui selamat jam 11.40 pagi tadi.

Oilis memberitahu, keempat-empat mereka dibawa keluar dengan helikopter dari tempat mereka ditemui ke satu kawasan lapang sebelum dibawa dengan ambulans ke klinik pesakit luar Bukit Fraser.
Mereka kelihatan letih ketika diusung masuk ke klinik itu.
Ibu bapa mereka dan Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Yusuff turut berada di situ.
Chew Ser Yee, 16, Chew Ser Hun, 14, dan Chew Ser Meng, 10, serta sepupu mereka Jeremy Tio, 9, dilaporkan hilang petang Isnin lalu ketika menyusuri denai di kawasan peranginan itu.
Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan sebaik sahaja kehilangan mereka dilaporkan 3 petang Isnin lalu.
Sultan Pahang yang berangkat ke kawasan peranginan itu bagi meninjau operasi menyelamat semalam, tiba di klinik itu tidak lama kemudian.
Pasukan penyelamat, yang terdiri daripada anggota polis, tentera, unit pengesan Senoi Prag dengan bantuan unit udara dan unit anjing pengesan serta penduduk di kawasan sekitar, menjalankan gerakan mencari di kawasan hutan seluas lapan kilometer persegi di sekitar Bukit Fraser.

No comments: