Sunday, June 19, 2005

Lirik Terlampau@Emosi Butterfingers

ada lagi...

"Lebih baik kontroversi daripada publisiti murahan" , Begitulah jawapan "hebat" Butterfingers ketika menjawab persoalan teman wartawan mengenai sesetengah lagu dengan lirik yang mampu mencetuskan kontroversi menerusi album terbaru mereka "Selamat Tinggal Dunia"


Jawapan ringkas yang mungkin dirasakan Butterfingers sebagai tepat dan "bernas" itu sebenarnya tidak cukup menjelaskan motif dan niat sebenar mereka mencipta lagu dengan lirik sedemikian (agak melampau). Biarpun cuba berlaku jujur, mengilhamkan lirik dan dengan mesej yang jelas atau tak nak hipokrit, mungkin menerka perlu juga mengambil kira sensitif sesetengah pihak, jangan sampai menjatuhkan air muka atau maruah seseorang. Bukannya mereka tak sedar bahawa masyarakat kita kaya dengan kosa kata yang indah, cantik dan sedap didengar sekaligus sesuai dan elok untuk dikongsi dengan orang lain.


kelau peminat atau sesiapa sahaja yang sudah memiliki album terbaru band rock ini, apa reaksi anda bila menghayati lirik lagu "Daulat Tuanku", "merpati sejoli" dan "tentang-tentang"??. Tiga lirik lagu tersebut seolah-olah memberi gambaran mereka mengamalkan sikap main sedap hati aje nak tulis apa tanpa memikirkan impak yang akan berlaku. Lirik lagu yang kononnya jujur lahir daripada hati penulisnya itu lebih berbentuk peribadi dan menyentuh luahan perasaan, jiwa memberontak yang tidak lagi mengambil kira penulisan berilmu, mesej positif yang berlandaskan ciri-ciri ketimuran.


Memetik sebahagian daripada contoh perkataan yang digunakan di dalam lirik lagu yang dinyatakan seperti "... janganlah terasa hidup ini sementara, wartawan hiburan pondan homoseksual..." (di dalam lagu merpati sejoli) dan "... propaganda Amerika, apa benda yang merdeka ,jilat bontot depa.." (lagu tentang-tentang).


MH tidak tahu apa motif lirik lagu sebegitu dicipta Butterfingers yang kononnya merasakan diri mereka hebat sehingga sanggup mampu melakukan apa sahaja? Sabar ajelah dengan sikap orang-orang begini yang merasakan mungkin lirik berterus terang mereka itu adalah satu nilai seni terhebat pernah dihasilkan di dalam industri muzik tanah air.


Kalau ye pun tak puas hati, banyak lagi perkataan serampang dua mata yang boleh di gunakan. Takkan lah sampai nak menghina, berkata lucah untuk meluahkan isi hati.Sebaiknya kita renungi diri kita dulu, baik sangat ke kita sampai nak menghina orang begitu sekali??


Malaslah nak komen lebih-lebih, nanti tak semena-mena kita beri publisiti murahan pulak. Biarlah mereka syok sendiri dengan apa yang mereka lakukan. Ingatkan bila buat album melayu, nampaklah sesuatu yang positif untuk kita banggakan tepi sayang, Butterfingers buat album melayun sekadar nak mencemarkan keindahan bahasa melayu itu sendiri dan merosakkan minda masyarakat dengan penggunaan perkataan yang tidak sepatutnya.


Mungkinkah mereka sengaja mencipta kontroversi agar albumnya dibeli dan di dengari oleh peminat? entahlah... minta maaflah kalau ada terkasar bahasa tapi ingin Aniff tegaskan disini, jangan jadikan emosi tidak puas hati anda mempengaruhi penulisan lirik anda.Bukannya tak bole terima kejujuran penulisan anda berkarya dengan cara terbuka tepi berfikir dulu sebelum menulis. Kalau nak buat apa pun biarlah ayat yang lebih berilmiah bukannya melampaui sehingga mengaibkan golongan tertentu.


Seperkara lagi, jangan dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kalau pun tak suka seseorang itu, biarlah profesional dan bersikap adil, jangan meluahkannya menerusi lirik untuk tatapan umum. Walaupun mereka rasa lirik itu biasa tetapi mereka harus ingat kenyataan berbentuk penulisan lirik itu ditujukan khas untuk semua bukan individu. Tak guna melodi bagus tetapi liriknya "Hangsuang".Selamilah bahasa melayu sedalam-dalamnya dengan pergunaan kata yang betul. Walaupun lirik terlampau itu tidak ditujukan pada sesiapa, cuma sebaris ayat, kita sepatutnya menyedari sensitiviti masyarakat di sekeliling kita. Jangan biarkan emosi mereka meronta dengan penulisan lirik syok sendiri itu.


Sepatutnya dalam soal ini, syarikat rakaman juga memainkan peranan penting untuk memastikan album ini layak di pasaran atau sebaliknya. Di sudut hati, tidak langsung berniat untuk menghangatkan suasana, jauh sekali biokin kontroversi dengan penulisan ini tetapi ia sekadar peringatan bersama agar kita disenangi dan menjadi idola terbaik buat peminat. Renungilah


anifflr@hotmail.com
hanif@karangkraf.com.my

1 comment:

Anonymous said...

saya x setuju la dgn petikan ni. apa, diorang (wartawan) ingat dunia hiburan ni diorang yg punya ke...