Friday, July 01, 2005

Bola vs Geng

Sehari suntuk duk tengah padang... maklumlah.... perlawanan bola sepak ari ni. walaupun liga kampung jer, tapi ramai gak yang power main. itu yang gua heran tu. kampung gua dah lama takder game2 macam ni. bukan apa, sebab padang2 semua dah hilang. kerna disitu nilainya pembangunan. apapun, tahniah kepada kumpulan 1 kerana memenangi perlawanan dan kumpulan tujuh [ato] memenangi tempat pertama keluar padang. :p. kalah menang sudah adat. yang penting semangat kesukanan dan juga persahabatan. kita dapat kita aman harmoni kerana pemuda2 kita semua bersatu hati. jika tidak masakan perlawanan hari ni dpt sambutan yang amat menggalakkan. bayanglah, hampir seratus orang pemuda dalam satu kampung sahaja keluar bermain. seolah-olah hari ini adalah hari perhimpunan pemuda kampung Tebing Tinggi. Tahniah semua...tidak ketinggalan walau seorang pun duduk kat rumah. memang diakui bukan semua bermain kerana dua-tiga orang tu injured, kaki patah, tangan patah belum sembuh dek kerana lumba haramnya, [begitulah seadanya]. tapi masih ada yg babil [berani sahut cabaran]- ngah. malah dapat pula menjaringkan gol buat pasukan walaupun dia tahu kakinya dah ber'besi'. jatuh tersungkur adat bola sepak. cakap, siapa yg tak jatuh. takde.
pemenang dapat membawa balik dua biji hamper, gua dapat satu hamper sahaja [dikongsi-kongsi dapatla secebis sorang] dan sehelai seluar jersi pendek [hmm lawa gak, colour pun lawa]. tapi bukan itu yang kita mahu, itu barangkali sudah menjadi nombor dua. yang utamanya ialah jalinan persahabatan. sebelum ini kalau tak berapa mesra, hari ini jadi sekepala. yang kenal boleh jadi kamceng. gua sendiri pun hampir-hampir tak ingat wajah dua tiga orang. dek kerana lama duk kat ipt tapi hari ni dapat kongsi gelas minum air yang dimenangi..
hmmm... itu jelah kot... penat ni. gerenti, malam ni tidur nyenyak tak ingat dunia la. kalau ada sesapa call gua ajak keluar, pasti akan ditolak. sori beb, penat ni. sorila. ek.. [hahahaha] esok untunglah tokei kedai urut. hahahah..


Now Playing: The Strokes vs Christina Aguilera : The Strokes of Genius.

1 comment:

Anonymous said...

bagusla kalau macam tu...
paling tidak kita dapat bergaul sesama rakan sekampung kita sendiri. susah senang kita lalui bersama.
cum satu, sesetengah tu bila dah pergi kerja ke luar negeri, ada yang lupakan kawan.