Wednesday, December 28, 2005

cuti habis, semester baru dimulai

Mulai semalam, gua mulai sambung pengajian setelah cuti selama sebulan. cuti sebulan yang terasa amat pendek bagi gua kerana belum sempat nak khatam php.... gua penah janji nak tambah ilmu php dan css yang selama ini gua tahu sikit2... tapi apa nak buat, cuti sebulan dipenuhi ngan aktiviti lain. paling banyak makan dan tido... maklumlah... akhir2 cuti hari selalu mendung dan hujan... perut asyik lapar, mata asyik mengantuk... setelah kedua2 nafsu tu dipenuhi barulah boleh buat aktiviti lain... kalau tak, tak jalan la....
oh ya, beberapa hari yang lepas, sedar tak sedar rupanya genap setahun tragedi malapetaka yang mengorbankan ratusan ribub nyawa... tak lain tak bukan tragedi Tsunami... rasanya baru semalam kita baca paper, tengok tv, internet, dan macam2 bentuk berita lagilah pasal ombak ganas tu... tuptaptuptap, dah genap setahun. bagaimana rasanya kalau mangsa2 tu terdiri daripada sedara2 kita? atau kerabat kita? atau kawan2 kita? ntahla... gua tak tau sebab takde sorang pun magsa2 tu yang gua kenal (seingat gua la) . tapi paling tidak pun mestila sedih... kehilangan orang y kita kenal, kehilangan harta benda yang selama ini kita bertubgkus lumus untuk dapatkannya...siang malam... bila tiba tsunami, semuanya robek....hancur...berkecai...
nasib baik ada pihak yang sudi membantu... walaupun kita ada juga dengar dana utk bantuan tsunami dilencongkan oleh pihak2 berhati busuk... bagi sesiapa yang pernah menghulur bantuan tu, tak kiralah duit ke, makanan ke, baju ke sekalipun, ataupun kredit henset ke, jangan risau...pahala kita tetap dikira walaupun ianya tak sampai ke destinasinya...
balik kepada semester baru... hari ni 28-12 bersamaan hari rabu, semua student yagn tinggal di kolej kediaman 14 dan 15, bolehla mendaftarkan diri untuk perkhidmatan wireless. pendaftaran diterhadkan sehingga ke hari jumaat sahaja. ini kerana pihak pengurusan tidak mahu user yang terlalu ramai yang boleh menyebabkan bandwith menjadi slow. pendaftaran bagi semester ini (tak sama dengan semester lepas) ialah RM90. Bayaran boleh dibuat 2 kali. RM 30 untuk pendaftaran dan selebihnya akan diumumkan melalui emel dan sms. pakej bandwith kali ini ialah 256kbps sahaja. pihak pengurusan menghadkan setiap kelajuan kepada setiap user supaya ianya adil dan tidak mahu masalah2 dulu terjadi lagi... kemungkinan ianya akan dinaikkan lagi. mintak2 lah...
kelajuan untuk upload lak rasanya slow sikitla drp download. tapi takpe... asal connection jangan putus dahla...
oklah itu saja utnuk hari ni... ikhlas dari, assabakie

No comments: