Monday, August 22, 2005

1,2,3, a,b,c. satu kitaran...

hari ni, Isnin. Kelas Pengurusan Maklumat Pn. Khairun Nita takder. Confirm takder. [Minggu lepas pun confirm gak, tapi ader] tapi kali ni confirm betul la. Kelas dia ganti hari khamis. seksyen satu ngan 2 akan digabungkan. ntahla kenapa. 2-3 minggu ni dia asyik takder kat UTM. sakit ker?
anyway, walaupun hari ni takder kelas, gua tetap tido awal malam tadi. pukul 3. [awal ker?] ye la. balik tengok match antara chelsea ngan arsenal pun dah kul satu. sampai bilik lebih kurang kul 1.30. masuk bilik bukan terus tido pun. lepak-lepak dulu...borak-borak dulu....yela....ramai member gua tak suka chelsea dan gua pulak fan chelsea. tu yang masing-masing tak puas hati kat gua. masakn tak, dah chelsea menang lagi. menang lagi, menang lagi. baru jer minggu lepas, si Arsenal tu kalah ngan Chelsea. kononnya malam tadi nak balas dendam. tak tahu ker, chelsea skang dah power. kehkehkeh... nasib korang la yang sokong arsenal. walaupun begitu, tak bermaksud gua tak minat Arsenal. Minat gak terutama si Henry tu. power si badigol tu. 2-3 kali gak dia shoot terus ke gol. tapi tak masuk la... anyway, bola, memang tak habisnyer kalo nak tulis kat sini.
pagi tadi, awal-awal lagi bangun, kemas bilik, sapu-sapu sikit. lantai yang bertikar getah tu dah berhabuk sangat dah. dengan rambutnyer, dengan kertasnyer, dengan debunyer. maklumla...bilik tak ubah bagai markas. ader jer orang datang lepak. pasal apa ek? pasal bilik gua kat depan sekali ker? rasanyer tak gak. sebab semester lepas bilik gua kat hujung sekali. sama gak. asyik penuh jer... kalo pasal makanan, tak mungkin. bilik gua hanya ader air kosong, sama ngan oat satu tin. susu satu botol ngan milo satu tin. tapi diorang bukan datang kacau air pun. datang bawak makanan ader la. si Mamat tu, tak kacang, cekedis yang dibawaknyer. hmm...ntahla... mungkin komputer kot.... komputer? apa bilik orang lain takder komputer? atau mungkin sebab komputer gua leh main game2 power, l;eh tengok tv, leh tonton dvd, [apa lagi ek?]. ha'ah. ye la tu. bilik senior yang kat ujung tu, siap buat LAN lagi. apasal tak pegi sana jer....
anyway, walau apa sebab pun yang gua bagi, masih tak dapat jawab persoalan tu. sebab aper. persahabatan. ianya senang dicari. tapi kalo tak kena cara, sampai bila pun tak akan dapat. percaya tak. kalau kita bersikap sombong, dan bermegah nescaya kita yang akan rugi bukan orang lain. mungkin sebab itulah bilik gua selalu penuh. sebab kawan, member, adik, abang, teman, kamceng, sahabat, taulan,bla..bla..bla... itulah yang menghidupkan gua selama ini. bersahabtlah dengan sesiapa sahaja. tak kira dia baik ataupun jahat. dan jangan sesekali kita MAKAN KAWAN. ya. memaang tak dapat gua akui. gua penah kena. dalam ramai-ramai member yang selalu datang bilik la... biarjelah. benda dah berlalu.
so, semalam Chelsea menang 1-0 ke atas Arsenal. pagi tadi, lepas nagun, terus mandi dan turun baca paper jap. pastu terus datang pusat komputer dan compose email kepada boss tempat kerja. mr. kelvin wong. n then baru tulis blog. lepas ni nak pegi makan kat Taman Teratai. Kedai yang selalu gua pegi makan . Gua tak kenal pun nama tokey kedai tu. tapi gua panggil kedai tu kedai Makcik Hujung. sebab kedai dia kat hujung. kesian tengok dia. takder orang. kedai Abang Man, toksah cakap la. dia dah kaya dah gua rasa skang ni. aritu gua makan kat kedai tengah tu. tapi sejak tahu satu rahsia tu, gua terus pindah makan kat kedai makcik hujung. skang ni kalo tgh hari carik gua kat situ la. makcik tu pun dah kenal dah gua ngan member2 gua yang lain. bila nampak kitorang pegi jer... tergambar senyuman dibibir. gembira dengan kedatangan kitorang. [rezeki,rezeki]. kehkehkeh...

No comments: