Monday, August 15, 2005

Beware, CONMAN!

hai, lama tak update blog. dah seminggu dah rasanya.
oh, ya. tadi aku ada masuk sifoo dan terbaca pasal menda ni. jadi aku quote kat sini.. mana tahu, kot-kot kena kat kita, ye tak.

Quote:

Ini ada lah satu kisah benar, yg baru berlaku sehari lepas, utk pedoman and pandangan warga sifoo yg lain...

Me and husband, we both do freelancing, buat web design & development.. then semalam ada laa satu mamat ni, call my hubby, dia kata dia jumpa kami nye portfolio online, pastu nak jumpa laaa, nak discuss, nak buat web site untuk subsidiary companies dia semua (bunyi nye macam company besar laa kan). Dia call tengah hari, cakap nak jumpa kat KL, sungai wang dalam pukul 5.30 - 6pm. Pastu dia suh bawak portfolio sekali pasal boss dia nak tengok. Kami ckp laa portfolio semua ada online, takde laa plak compile dalam CD lagi, kalau nak jumpa esok lusa, buleh aa gak compile kan dulu kan..Dia kata takleh tunggu lama pasal boss dia nak gi oversea la bla bla kan.. i ckp ngan my hubby, kalau cam tu, kalau nak jumpa, jumpa je laa kan mana tau ada rezeki ada laa tu job nye. Tapi kite takde aa prepare apa2, pasal selalunye org tengok portfolio online je kan.

Dalam phone tu masa mamat tu call, bile tanya nama conmpany and nama dia, dia jwb, tapi mcm line tak clear, sepuluh kali tanya mcm dengar tak dgr.. but then we decided that one of us should go and meet that guy laaa.

Alkisah nye di sungai wang (mcdonalds), my hubby tunggu dan tunggu, dan muncul laa that guy, Chinese guy. Pakai kemeja, bawak sling bag hitam satu, cakap english perfect.. takde broken langsung. Looking sooo convincing laa kan, dia siap buleh namakan a few clients yg kitorang penah buat kan website, pendek kata dia dah research aa pasal kami, dah tgk portfolio kami online semua...

Kemudian tetiba handphone my hubby ringing, nombor tak dikenali.. that guy pon ada mention katanye wife dia tadi ada call dia, tapi phone dia bateri kong.. maybe wife i kot.. angkat2 fon tu, ye memang 'wife' mamat tu.. abis tu takkan laa taknak kasik dia ckp ngan wife dia sendiri kan.. bagi laa fon kat dia, dia cakap2 sekejap, pastu dia bangun nak gi luar mcD, katanya line tak clear aa. Dia kluar, tinggalkan sling bag dia kat tmpt duduk dlm mcD dia tu laa. 2-3 minit lepas tu, tau2 dia menghilang, dengan fon2 nye sekali. Gone with the wind.. my hubby tunggu aa gak sampai dekat sejam, nampak gayanye memang mamat tu takkan datang balik.

Yang hilang hanyalaa fon nokia yg memang dah nazak dah baterinye, kejap ok, kejap tak. trade in pon ntah laku ke tak. Tak kisah laa pasal tu, yg menyakitkan hati, this was a planned thing. Bag hitam yg ditinggalkan tu, selepas dibuka, dalam nye ada apa tau : suratkhabar lama yg disumbat dlm bag tu supaya nampak mcm kembung dan berisi.. dan setin pepsi.

So now we know there is somebody out there yg buat keje bodo macam ni.. yg mengkonfiuskan.. apa MOTIF dia? Call2 nak jumpa org buat deal semua, siap research lagi, what we do, our clients sapa..just for one OLD NOKIA PHONE? Logik ke? That is one thing yg bile pikir balik.. mcm2 boleh jadi kan.. Bile di report kat pak guard kat Sg wang tu, dia kata dah 4 case dah macam tu jadi kat situ. Hmmm..

So for you guys out there.. BEWARE.. they are strangers who would do anything nowadays.. Check laa baik2 background org tu sebelum nak jumpa dia for business or whatever.. zaman sekarang ni macam2 boleh jadi laa..

Just thought i should share this with you guys...

No comments: