Monday, August 08, 2005

Merdekakah Kita?

sedar tak sedar dah 47 tahun kita merdeka.tahun ni masuk 48 barangkali.kita biasalah,tidak patriotik,tidak merasai kehangatan kemerdekaan seperti tahun 1957-1958.kenapa, kerana melayu mudah lupa.
bukan salahkan melayu kat sini,tapi salahkan penyangak2 melayu kat atas2.sekarang ni era pak lah,sebelum ni era tun.semua hampeh.adakah kita yakin kita dapat memberi ajaran kepada anak cucu kita seperti kita terima masa kita kecil.mungkin inilah harga kemodenan hari ini,yang langsung tidak memberi manfaat utk masa depan.
aku teringat pada satu cerita dalam al-quran.tentang kerajaan saba'.yang mengisahkan antara raja balqis dan nabi sulaiman.semua dah tahu, tak payah cerita tentang benda dah tahu.cuma kita amik pengajaran dari keunggulan yang pernah dikecapi oleh kerajaan saba' utk renungan.keraajaan ini adalah kerajaan terkuat pada masa tu.kalu tak masakan memanda menteri memberi cadangan agar putri balqis menyerang nabi sulaiman.kerajaan ini mempunyai empangan yang sungguh besar,yang berjarak beratus2 kilometer.bayangkan,kerajaan ini telah mampu membuat empangan,sistem saliran yang canggih,pokok2 menghijau di tengah2 padang pasir sana, rakyat hidup aman makmur.selepas kemangkatan nabi sulaiman n putri balqis,kerajaan bertukar milik.kerana terlalu lama memerintah,kroni diutamankan,jawatan penting adalah untuk keluarga.pembangunan sahsiah tidak diutamakan menyebabkan semua ni berlaku.generasi muda tidak diberi pendedahan dan pelajaran yang baik,golongan muda yang harus memimpin negara terbuai dengan keseronokan menyebabkan tiada warisan pengurusan yang cekap dan tiada warisan pengenalian teknologi.rasuah melimpah ruah,bila agama ditinggalkan,bila keseronokan dan pembangunan material menjadi keutamaan,Allah telah membinasakan mereka dengan pecahnya empangan tersebut.ketika itulah terjadinya banjir besar yang melanda mekah sebelum kelahiran nabi besar Muhammad s.a.w.
jika kita perhatikan persamaan dengan negara kita,aku takut sangat2.bila tengok kerajaan sibuk dengan pembangunan dan pengurusan yang meninggalkan Al-Quran dan sunnah.pemberatan ke arah pembangunan rohani dan sahsiah ditinggalkan, kita akan jadi seperti kerajaan saba'.
tengoklah remaja kita,berpeleseran di malam2 hari,berdisko,berdadah,berzina,bermacam2 lagi...
adakah kita dapat menjamin anak2 kita akan sama macam kita at least,yang tahu tentang agama,yang masih boleh manilai baik dan buruk.

terima kasih kerajaan yang menaikkan lagi harga minyak utk kali ketiga di era pak lah.

No comments: