Monday, August 08, 2005

Malam Pertama Gua

Semalam gua dah start kerja. first day. hmm, okla. walaupun kaki agak lenguh, sebab kena berdiri jer selama lapan jam. tambah pulak kena jaga satu rak jer... boring gak la.... tapi itulah kerja seorang promoter. tanyala sapa-sapa pun yg penah kerja as promoter.
hari pertama lagi gua dah berdepan ngan cabaran yg besar. mana taknya, weekend. ramaila yg keluar shopping. kalo orang lain gua tak kesah, tapi budak-budak UTM!! huhuhu... Kena tebal muka la semalam. En. Azam (lecturer Kajian Kos) pun ada datang gak. Felo kolej pun datang gak!!!! sempat lagi dia datang borak ngan aku pulak tu... maluu beb... tapi apa boleh buat... hari first... lama-lama okla...
secara keseluruhannya bagi gua, kerja sebagai promoter ni bolehla kalo sebagai part-time.

p/s: malam tadi Chelsea lawan Arsenal. yes, Chelsea menang lagi. menang lagi! menang lagi! keputusannya 2-1. Telah ku jangka Kelab kesukaanku akan menang. Kedua-dua jaringan adalah hasil kerja Drogba. kalo tak silap, pada minit ke-8 dan 58. cayalah. chelsea memang power. tapi apapun gua juga minat gak Arsenal tapi malam tadi oleh kerana dia bertemu ngan kelab kesayangan gua, jadi Arsenal kena terima hakikat. buat peminat arsenal, ( terutama sepu ngan Mat Gap ) korang jangan ambik hati, Arsenal dah main ngan baik terutama si Henry. Dia main dengan bagus semalam. walaupun cubaannya tidak masuk tapi agak menarik jugala... n then, gol arsenal gua tak ingatla nama penjaring. tapi gol yang terhasil adalah hasil sepakan yang agak penjuru sikit. cantik gak..

p/p/s: semalam, lepas balik tengok match antara Chelsea ngan Arsenal, gua terus balik bilik. Ingat nak balik tido terus sebab esok pagi kelas start pukul 8. Kelas Pengurusan Maklumat. Tapi bila gua bukak tv, adalak cerita best tayang kat tv semalam. Saluran RCTI jer(Indon). nak tak nak, terpaksala gua tengok. habis cerita, sedar tak sedar jam dah kul 3. alamak, dah lewat dah ni. nak mandi lagi, nak kemas buku lagi. cincai-cincai pukul 4 gak la baru dapat tido. tido pun kejap jer. lepas subuh gua tido balik. lepas set alarm kat pc, gua sambung tido balik. tepat 7 suku alarm berbunyi. apalagi gua bangun dan tutup alarm and then sambung tido balik. mengantuk beb. ingat nak sambung kejap jer. tapi sedar tak sedar bila gua bangun, jam dah pukul 8. apalagi terkejut la. tapi gua cuba kontrol relax. (konon2nyala) try hantar sms dulu kat budak2 ni, tanya diorang kelas ada tak. tapi masih takder jawapan. nak tak nak, terpaksala bangun dengan perasaan yg AMAT malas.... (macamla hari2 biasa rajin) lepas mandi gua terus pecut motor ke kelas. sampai jer kat depan kelas, budak2 ni cakap kelas batal. sebabnya Puan Kherun nita tak sihat. ARGHH!!!!!! dahla minggu lepas dah tak dapat join kelas dia, minggu ni pun tak dapat gak!!!! MENYESAL BANGUN AWAL!!!!

No comments: