Friday, January 20, 2006

Boring ngan wireless...

dah semiggu lebih sejak datang UTM lepas cuti raya haji baru2 ni, aku tak dapat online kat bilik.
Wireless kolej aku semakin hari semakin menggila... dah banyak post aku taip tapi takleh nak publish. ni pun sebab aku post kat lab.

sebelum ni, dapat gak connect walaupun connection dia asyik putus2. tapi sekarang dah makin melampau. hampir setiap masa aku TAK DAPAT CONNECTION!.

waa... aku tak dapat hidup tanpa internet. Itu yg menjadikan hidup aku semenjak dua menjak ni boring dan bercelaru. nasib baik kaki dah ok sikit. boleh turun main bola petang2. kalau tak aku tak tahula. masa kaki sakit sakit beberapa hari yg lepas, sesungguhnya aku berada dalam situasi boring tahap dewa. tak tahu nak buat apa. asyik dengar mp3 je.... lama2 boring gak. main pc je syik THE Strokes aje... memang lagu dia best, tapi kalo dengar sepanjang masa boleh jadi muak gak....

Lusa, hari Sabtu aku ada perlawanan bola. Liga QS bina sempena hari sukan kos aku. Tak de la ramai pun main. ada la dalam 8-9 team yg lawan. sehari pun boleh habis. macam tahun2 sudah.
Dulu, team aku nyaris2 nak juara. tapi ada kesilapan teknikal yg menyebabkan team lawan dapat penalti. kesudahannya perlawanan seri... dan disudahkan dengan lawan penalti.
Penalti, kitorang kalah. so, kali ni, takde kesilapan lagi. kitorang pasti akan menang. alang2 bermain biar menang!

Hari sukan nanti, aku ada buat bisnes. bisnes kecik je tapi yg pasti pulangan dia besar. Kalau takde aral yg melintang, insyaallah aku akan bukak bisnes jual air minuman. Budget aku dalam rm100. tak tahulah cukup ke tak. takpe lah.. ada member aku nak masuk share.

harap2 semua kerja aku menjadi dan aku yakin team aku akan menang!

1 comment:

Anonymous said...

ai...assabakie..sabar..tak leh online kat bilik leh online kat lab fab,kat ccit ke..sal sukan Qs-bina tu team aku lagi best tapi tak taula kot2 tak dapat masuk final langsungpun tahun ni...hahaha.team aku tampil ngan jersi England lagi tu...pasti nampak hebat nak lawan ngan team jersi Arsenal. hahaha.kalu ada masalah wireless tu try ar tengok kat bilik2 member yang lain pastu kalu line tak jadi gak problem la tu if diaorang jadi kat pc mu yang ada masalah.hehehe.akupun tak tau gak sal2 ni...