Monday, January 09, 2006

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya I'dul Adha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Dan kalau ikutkan kelandar hari raya akan jatuh besok!

Dikesempatan ini, aku nak pohon ampun dan maaf jika terdapat kesalahan selama perkenalan ataupun ketika masih tak kenal... itupun kalo ader... ade ker?

Esok, 10 januari kita akan sambut raya lagi untuk yang kesekian kalinya. Apa perancangan kamu semua? Perancangan aku kali ni, tentu saja melawat sahabat handai dan beras2. (biras2)

Aku yakin, besok kaki aku akan sembuh 99 peratus. sebabnya hari ni rasanya dah sembuh hampir 75 % (andaian je) dan yang ada cuma rasa kebas2 sikit jer... alhamdulillah... nak round dekat2 tu takder hal lah, so, pada kawan2, sapa yg nak ikut aku beraya, apalagi jomlah join sekali. lagi ramai lagi elok, kan?

Aku peruntukkan nak round2 utk satu hari jer iaitu hari raya pertama jer... sebab hari raya kedua nanti, keluarga aku akan rebahkan 2 ekor lembu. Daging2 tu nanti akan dibagi kat orang2 kampong, dan bukannya utk 'bigwork' a.k.a kenduri. :[
2 ekor lembu tu salah seekornya aku dah tengok. mak ai.. dah la besar, kaler hitam lak tu... ngan bonjol kat atas tengkuk tu pastu ngan tanduk yg panjang tu, rasanya mesti susah sikit nak sembelih nanti. aku nak tunggu dan lihat apa akan jadi...

raya ketiga lak aku rasa dah takder apa nak buat dah... mungkin aku akan kembali ke UTM. banyak lagi menda yg aku kena siapkan. PC dua biji kat bilik aku tu belum siap lagi. Lepas siap menda2 tu semua aku nak fokus kat study.. yea.... study2...

2 comments:

Anonymous said...

Woooo...2 ekor tu tumbang.
em2 best nye :)

anyway SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
and SALAM PERKENALAN..

assabakie said...

selamat hari raya..